Monday, May 2, 2011

susah sangat nak percaya aku. macamlah aku pernah bohong besar dekat dia. haihh. pantang aku bila aku telah jujur tapi orang tak mahu percaya. terasa macam nak picit picit saja manusia macam tu. mujur aku punya kesabaran yang tinggi. aku biarkan saja jika mereka tidak mahu percaya. aku tak takut dosa sebab aku sudah jujur dan berkata benar. :)

aku seorang yang mudah percaya pada orang. kadang-kadang aku cuba untuk tak mudah percaya. tapi semacam susah untuk aku cuba. jadi aku biarkan saja diri aku begini. kata orang 'just be yourself'. kenapa perlu jadi 'plastic'. bila diri itu sendiri sudah terbaik. :)

aku agak kepenatan hari ini. setelah hampir seharian menghabiskan masa diluar bersama teman karibku. selain itu kami punya kenangan yang tidak akan kami lupakan. bertemu kawan baru yang mempelawa kami untuk menjadi model mereka. hahaha. dalam kami sedang kebosanan ada jugak teman yang sudi menghiburkan kami. terima kasih teman baru. senang berkenalan sama anda berdua. :)

Sunday, May 1, 2011

duduk sendirian lagi

dikamar yang kecil
tidak seindah kamar kamu semua,

aku hanya orang sederhana
tidak punya bilik yang mewah.

bagi aku, cukuplah sekadar punya tempat tidur
sudah aku bersyukur semua itu.

memang kita idamkan kehidupan yang mewah
siapa yang tidak berkehendakan sebegitu
potong jari jika wujud orang yang tidak mahu kaya

lihat saja sekarang.
kemana pergi semua bicara tentang wang
bagi mereka wang adalah segala-galanya

aku juga berpendapat begitu
tetapi setelah ku sedar
wang bukan yang utama

bagiku ibadat kita kepada Allah yang Esa 
adalah yang utama dalam kehidupan.